Saturday, February 19, 2011

Sakit Hati + Kecewa + Sedih = Macam2 Rasa

Pew status ak sekarang pun ak tak tahu...

Single is m0re better!!!

Dekat sini ak meluahkn pew yang ak rs...

Tah la hidup ni macam2 b0leh jadi...kl0 takat bercinta 6thn pun tak semestinya akan berakhir dengan 
sebuah perkahwinan...Tiap 0rg mesti ada impian tuk berkahwin cam tu gak ak..nekad ak thn ni n dah sama2 setuju..sekarang ak rs bnda tu xkan jadi kenyataan..bkn sebab aku tak sayang dia..ak terlalu syg kan dia n sygkan hubungan ni dah terlalu lm sgt hubungan ni..Thn ni dh ms0k 6thn kte0rg c0uple...

Kenyataan dia dah b0san tu yang ak tak b0leh terima..1more ayat dia yang mengatakan ak k0nk0ng hidup dia...Dengan nama Allah tak pernah terlintas dalam aty n fikiran ak t0k k0nk0ng hidup dia...kalau ak ni k0nk0ng hidup dia sure ak tak bagi dia berkawan dengan mana2 p0mpuan ni tak..pew dia nk buat i2 hak dia..bagi ak dia ada life dia sendiri n ak ada life ak sendiri bnda ni xyah nk dik0nk0ng..

Mungkin 2 satu alasan jew..alasan t0k dia ptuskan hubungan ni...0rang dah jumpa balik kekasih lama..sure aku dilupakan...Mungkin Cinta dia terhadap gurl tu tak pernah hilang..ak mungkin hanya tmpat t0k dia lepaskan b0san selama ni..

Mungkin ak patut mengundurkan diri..0rg slalu kate "Cinta tak Semestinya memiliki dan Cinta juga tak semestinya dimiliki" mungkin dia akan bahagia dengan hidup dia..

AKU???????.......tah dew lagi kew kebahagian dalam hidup ak ni nanti...Ak hanya Berd0a Semoga Allah lenyapkan terus dia dari ingatan ak..aku tak nak lagi ingat dia..InsyAllah Allah tu Maha Kaya..Hanya Dia yg Layak Menentukan Semua...

Sunday, February 6, 2011

Balik Key Erll

hari nidah kne balik key erll....
malasnyer rasa nak balik keje..
malas nk layan kerenah macam-macam orang kat opis tu..
banyak benda nk kene buat balik ni..
nak kene berbincang ngan tuan besar sal kteorgnyer majlis..
mak ak dah bising s0h tuan besar datang...
macam mana ka nak cakap dengan tuan besar tu..ad0iii...
pew p0n aku kne gak cakap dengan dia..

uitss ak nk cakap sal nak balik key erll ari ni bukan sal tuan besar..hahaaaaa
malas sungguh dah dekat semggu lebih ak duk kat penang tak buat apa2
jd kemalasan tu dah muka datang la..
cuti lama sangat cam ni la jadinyer..
esok nak start keje cnfirm liat jew nk bangun ...huhuuuuu

doakan perjalanan aku selmat ari ni...

Saturday, February 5, 2011

Tiket Owhh Tiket

Ad0iii....

Tiket xdew xm new ak nk blik key erl...

Ad0iii ni la akibatnyer bila xbli teket awal2..nmpknyer ak kne EL la ari isnin ni....

Padan muka ko lza hahaaaa....tiket kali ni abis lak..time hari raya dlu dew byk kali ni lak xdew..napew erkkk...

tp ak nmpk kat stesen bus tu bnyk sangat mat2 bangla n vietnam jew...

diorg ni yg cbuk gak...ad0iiiii....

Wednesday, February 2, 2011

Keistimewaan Wanita

Doa wanita itu lebih makbul daripada
lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-
sia."Wanita sebenarnya banyak
keistimewaannya....janganlah rendah
diri kerana anda wanita,kerana Allah
jadikan wanita dengan pelbagai
keistimewaan:

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada
lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih
baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah .Dan orang yang takutkan Allah
SWT akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-
anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka
pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta sikap bertanggungjawab, maka
baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua
orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa
yang diuji dengan sesuatu daripada anak-
anak perempuannya lalu dia berbuat baik
kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya,
maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya
kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab
Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada
suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah
SWT memasukkan dia ke dalam syurga
terlebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.