Thursday, October 11, 2012

My E-DaY

Dah lama rasanyer tak update blog (bukan dah lama tapi memang lama pun huhuuu).. hari ini ada masa terluang dan memandangkan Off hari ni jadi dapat lah aku membuang masa-masa yang banyak terluang ni tuk update blog yang dah lama menyepi ni.

Okey jom kita start bercerita... 

Korang tengok tajuk entry ni pun korang dah tahu aku nak cerita apa kan... (Alahhh nak share sikit perasaan suka aku ni dengan korang semua...)
Dah start nak cerita dah ni... Hahahahaaaa.... Jeng jeng jeng...

Pada tanggal 29 Sept 2012 bersamaan dengan 13 Zulkaedah 1433 datangnyer rombongan meminang dari Bagan Datoh Perak ( Ehhh... diaorang ni asal je bagan datoh tp duduk kl n selangor huhuuuu xkisah la kan) sebanyak 6 biji kereta ke Taman Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Datangnye mereka adalah untuk menyunting bunga ditaman yang selama ini di jaga rapi oleh pemiliknya iaitu ABAH AKU heheee... (Ayat xboleh blahh...sambung2) 
Rombongan Pihak Lelaki  

Bermula perbincangan dua pihak..Pihak lelaki yang diwakili oleh pakcik-pakcik and sepupu dia manakala pihak perempuan pula diwakili oleh Imam Surau Al-Taqwa Sembilang Pakcik Talib dan semestinya WALI aku iaitu ABAH..


Wakil Pihak Perempuan (Jubah Puteh tu Pakcik Talib n Yang Hijau tengah senyum tu ABAH aku ladan yang laen tu geng2 surau heheee)

Ini Wakil Pihak Lelaki

Alhamdulilah segala perbincangan telah dipersetujui dua-dua belah pihak dan setelah selesai doa kesyukuran mulai saat-saat yang mendebarkan hati aku...Bila Mak dia iaitu bakal mak mertua aku masuk dalam bilik untuk menyarungkan cincin.. Serius perasaan macam ni tak penah pun aku rasa debar tahap gaban dah aku time tu duduk pun tak senang je... heheee share pic sikit la..
Cincin Disarungkan dijari manis

Selepas cincin disarungkan rombongan pihak lelaki dijemput untuk menikmati hindangan yang telah disediakan..Alhamdulilah segala gemuruh and debar tahap gaban tu pun dah hilang tapi ada satu yang aku tidak hilangkan iaitu aku malu...Sebab apa aku malu??Bayangkan semua orang duk tengok aku je and yang paling malu banyak sangat camera..heheeee

Apapun terima kasih banyak-banyak kepada pihak yang telah menjayakan majlis ni..terima Kasih buat Mak Abah aku, buat Abg n Kakak Ipar, Adik- adik and Adik Ipar aku dah membantu menyelesaikan segala urusan.. Ok lah sampai sini je entry kali ni sebab nyer aku nak siap..nak keluar g bank...hehee kat bawah ni aku share sikit pic2 yang ada..nnt aku update lagi yew...
Hantaran dari pihak perempuan

Hantaran dari pihak lelaki